CEO Industri Tenaga Angin Terkemuka Menyeru G20 Supaya 'Memandang Serius' Tentang Tenaga Boleh Diperbaharui
BRUSSELS, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- CEO industri tenaga angin global terkemuka telah bersatu dalam menyeru anggota G20 supaya menunjukkan kepemimpinan dalam krisis iklim dengan meningkatkan matlamat kebangsaan dan menggariskan rancangan kukuh untuk meningkatkan pengeluaran tenaga angin bagi menggantikan bahan api fosil.
Sebagai mewakili Gabungan Tenaga Angin Global untuk COP26, 23 orang CEO telah menghantar surat terbuka kepada pemimpin G20 yang mengakui bahawa walaupun beberapa kemajuan telah dibuat dalam peralihan tenaga, namun ikrar sifar bersih semasa dari negara-negara G20 masih meletakkan dunia pada laluan pemanasan global dengan kadar 2.4C yang jauh lebih tinggi daripada suhu yang diperlukan untuk mengelakkan kesan buruk akibat perubahan iklim.
Sementara itu, pemasangan tenaga angin dan boleh diperbaharui pada ketika ini adalah lebih rendah berbanding trajektori yang diperlukan untuk mencapai sasaran iklim antarabangsa dan memerlukan tindakan segera bagi menambah baik dasar tenaga.
"Negara-negara anggota G20 mewakili lebih 80% daripada pelepasan karbon yang berkaitan dengan tenaga global – oleh itu, para pemimpin negara-negara ini mempunyai kuasa dan tugas awam untuk mengubah sistem tenaga dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif GWEC, Ben Backwell . "Negara-negara ini perlu memandang serius tentang tenaga boleh diperbaharui dan khususnya, tenaga angin sebagai penyelesaian tenaga bersih yang paling berpotensi untuk membantu dunia mencapai sasaran Perjanjian Paris."
Surat tersebut ditandatangani oleh para pemimpin syarikat kuasa angin terbesar – termasuk Vestas Wind Systems, Siemens Gamesa Renewable Energy, Orsted, SSE, RWE, dan Mainstream Renewable Power serta persatuan yang mewakili industri negara-negara utama seperti UK, Brazil, China, Mexico dan Afrika Selatan.
Para penandatangan surat ini menekankan tentang pelan hala tuju terkini daripada Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang menunjukkan bahawa penggunaan tenaga angin tahunan mesti meningkat sebanyak empat kali ganda daripada 93 GW pada tahun 2020 kepada 390 GW pada tahun 2030 untuk mencapai sifar bersih menjelang tahun 2050. Kedua-dua IEA dan IRENA adalah sejajar dari segi jumlah kapasiti tenaga angin yang diperlukan untuk mencapai senario sifar bersih yang sesuai dengan laluan pemanasan pada kadar 1.5°C, masing-masing meramalkan keperluan sebanyak 8,265 GW dan 8,100 GW menjelang tahun 2050.
Sekiranya kadar pertumbuhan tenaga angin semasa berterusan, surat itu berpendapat bahawa kapasiti angin global akan merosot secara dramatik berbanding jumlah yang diperlukan untuk keneutralan karbon menjelang tahun 2050, dengan kekurangan pemasangan sebanyak 57% menjelang tahun 2050.
"Negara-negara G20 mempunyai sejumlah besar potensi kuasa angin yang belum dimanfaatkan yang dapat memenuhi sebahagian besar permintaan elektrik kebangsaan namun mereka hanya menggunakan jumlah yang amat kecil. Dengan kadar pemasangan kuasa angin semasa yang dilaksanakan di seluruh dunia, ramalan menunjukkan bahawa kita hanya akan memasang kurang daripada separuh kapasiti kuasa angin yang diperlukan untuk mencapai sifar bersih menjelang tahun 2050," kata Rebecca Williams, Pengarah COP26, GWEC.
Bagi mencapai tahap penggunaan yang diperlukan ini, surat terbuka tersebut menyeru negara-negara G20 supaya:
- Meningkatkan sasaran kuasa angin pada peringkat kebangsaan.
- Melaksanakan rangka kerja dasar dan kawal selia yang berkesan untuk perolehan dan penyampaian tenaga boleh diperbaharui.
- Komited dalam perancangan infrastruktur tenaga bersih termasuk grid dan penghantaran.
- Bersetuju dengan mekanisme harga karbon yang berkesan dan boleh dipercayai.
- Menyelaraskan aliran kewangan kebangsaan dan serantau dengan penanda aras untuk laluan pematuhan bersih pada kadar 1.5°C.
- Membangunkan dasar yang padu dan inklusif yang mengkhususkan sumber awam untuk beralih kepada ekonomi sifar bersih.
Sepanjang 20 tahun yang lalu, tenaga angin telah menunjukkan keupayaannya untuk meningkatkan pengeluaran dengan pesat sambil mengurangkan kos dan mewujudkan berjuta-juta peluang pekerjaan tenaga mahir serta meningkatkan pelaburan infrastruktur berskala besar.
Tetapi surat tersebut menekankan bahawa pencapaian skala dan kepantasan penggunaan yang diperlukan untuk memanfaatkan faedah ini dan mencapai sasaran sifar karbon adalah tidak realistik dengan keadaan semasa yang bersikap "seperti biasa" serta tidak akan tercapai tanpa perubahan dasar yang muktamad dan segera di seluruh negara G20.
Surat terbuka kepada ketua negara G20 ini turut dikongsi dengan beberapa pemimpin kerajaan, tenaga, kewangan dan institusi termasuk para pemimpin COP26, UNFCCC, IRENA, IEA, IMF, WEF dan beberapa bank pembangunan multilateral.
Lampiran
- Senarai lengkap penandatangan CEO:
- GWEC : Ben Backwell, CEO
- RenewableUK: Dan McGrail, Ketua Eksekutif
- SSE: Alistair Phillips-Davies, CEO
- Orsted : Mads Nipper, CEO
- Mainstream Renewable Power: Mary Quaney, CEO Kumpulan
- Vestas Wind Systems: Henrik Andersen, Presiden & CEO Kumpulan
- Siemens Gamesa Renewable Energy: Andreas Nauen, CEO
- Bachmann: Bernhard Zangerl, CEO
- RES: Ivor Catto, CEO
- Aker Offshore Wind: Tove Roskaft, COO
- RWE Renewables GmbH: Anja-Isabel Dotzenrath, CEO
- BayWa r.e. AG: Matthias Taft, CEO
- Principle Power: Aaron Smith, Ketua Pegawai Komersial
- AMDEE (Persatuan Tenaga Angin Mexico): Leopoldo Alberto Rodríguez Olivé, Presiden
- ABEEolica (Persatuan Tenaga Angin Brazil): Elbia Gannoum, CEO
- SER Colombia (Persatuan Tenaga Boleh Diperbaharui Colombia): Germán Corredor Avella, CEO
- Akselos: Thomas Leurent, CEO
- CEA (Persatuan Tenaga Angin Argentina): René Vaca Guzmán, Presiden
- DNV: Ditlev Engel, CEO, Sistem Tenaga
- EDPR: Miguel Stilwell d'Andrade, CEO, EDP dan EDPR
- Glennmont Partners dari Nuveen: Joost Bergsma, CEO
- Persatuan Tenaga Angin Afrika Selatan: Ntombifuthi Ntuli, CEO
- CWEA (Persatuan Tenaga Angin China): Qin Haiyan, Setiausaha Agung
- Untuk mendapatkan kit akhbar dalam talian termasuk Surat G20 tersebut, statistik tentang tenaga angin, foto, sebut harga dan pakar subjek yang sedia untuk diwawancara, sila klik di sini.
Tentang GWEC
GWEC ialah organisasi berasaskan keahlian yang mewakili keseluruhan sektor tenaga angin. Ahli GWEC mewakili lebih 1,500 buah syarikat, organisasi dan institusi di lebih 80 buah negara yang merangkumi pengeluar, pembangun, pembekal komponen, institusi penyelidikan, persatuan tenaga angin dan boleh diperbaharui kebangsaan, penyedia elektrik, syarikat kewangan dan insurans. Sila layari https://gwec.net/.
Ikuti perkembangan GWEC dan dapatkan data serta maklumat terkini tentang industri tenaga angin global di Twitter, LinkedIn dan dengan melanggan Surat Berita, https://gwec.net/newsletter-sign-up/.
Logo- https://mma.prnewswire.com/media/1575244/Global_Wind_Energy_Council_Logo.jpg
WANT YOUR COMPANY'S NEWS FEATURED ON PRNEWSWIRE.COM?
Newsrooms &
Influencers
Digital Media
Outlets
Journalists
Opted In
Share this article