Pembekal Hop Mengeluarkan Produk Baharu untuk Memberikan Bir Hop Segar kepada Komuniti Bir Tradisional Global
YAKIMA, Washington, 13 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Buat pertama kalinya dalam sejarah pembuatan bir, Yakima Chief Hops (YCH), pembekal dan penanam hop milik sendiri telah menjadikan bir hop segar tersedia kepada industri bir tradisional global melalui pelancaran program Frozen Fresh Hops (Hop Segar Beku) mereka yang canggih.
Bir hop segar merupakan salah satu bir terkenal dalam kalangan bir tradisional Amerika. Dihasilkan daripada keseluruhan kon basah dalam tempoh 36 jam selepas dituai, ia mewakili hop dalam bentuk yang paling semula jadi. Pembuat bir merancang operasi mereka berdasarkan bir bermusim ini yang bergantung kepada keadaan perladangan yang tidak dapat diramalkan. Disebabkan bahan yang belum diproses amat mudah rosak, adalah sukar untuk membawakan hop segar kepada pembuat bir yang berada jauh daripada ladang.
Dengan populariti bir hop segar yang semakin meningkat, keperluan untuk menghasilkan produk yang lebih fleksibel dan lestari turut meningkat. YCH yang memberi tumpuan kepada penyelesaian yang inovasi dan kreatif, telah membangunkan cara untuk menawarkan Frozen Fresh Hops melalui kerjasama dengan Ladang Wyckoff yang mahir dalam pengeluaran dan pemeliharaan produk pertanian beku yang berkualiti.
Frozen Fresh Hops YCH ialah hop keseluruhan kon dengan pembekuan kilat, tidak dibakar dan mentah serta dihasilkan di kemudahan pemprosesan makanan canggih yang diperakui oleh BRC. Tidak seperti pembekuan tradisional, pembekuan kilat mengekalkan keunikan hop yang tidak dibakar dengan melindungi keutuhan kelenjar lupulin, mengekalkan kesegaran hop dari perspektif fizikal dan aromatik. Hasilnya ialah produk yang memberikan keajaiban musim hop segar dengan fleksibiliti logistik dan penyimpanan yang lebih baik.
"Sebagai pembuat bir dari barat laut, Fresh Hops mempunyai tempat yang istimewa di hati saya," kata Pengurus Kilang Bir YCH, Jeremy Wattenberg. "Frozen Fresh Hops akan menjadi pelopor dalam cara kami melihat bir hop yang segar."
Frozen Fresh Hops mempunyai syarat-syarat penghantaran dan penyimpanan pada suhu yang lebih rendah daripada takat beku. Para pembuat bir masih mempunyai pilihan untuk menyertai Pengambilan dari Ladang tempatan bagi hop segar tradisional.
Diinspirasikan daripada beri biru beku segar oleh Wyckoff yang dieksport ke seluruh dunia, YCH kini membekalkan produk hop segar yang lebih mudah diakses dan membawa kejayaan ini kepada peminum bir di mana-mana sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.yakimachief.com/commercial/hop-wire/frozen-fresh-hops.
Yakima Chief Hops
YCH ialah pembekal dan penanam hop global yang dimiliki 100% dengan misi untuk menghubungkan para pembuat bir dengan ladang hop keluarga. Beroperasi selama lebih 30 tahun, kami telah menjadi peneraju inovasi, kualiti dan perkhidmatan pelanggan. Kami merupakan sumber kepada pembuat bir serta menyediakan penyelidikan dan produk terkemuka dalam industri. Kami menyokong tujuan sosial yang lestari dan bermakna serta berusaha untuk menyokong komuniti di sekeliling kami. www.yakimachief.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1572337/Frozen_Fresh_Hop.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1016498/Yakima_Chief_Logo.jpg
Related Links
WANT YOUR COMPANY'S NEWS FEATURED ON PRNEWSWIRE.COM?
Newsrooms &
Influencers
Digital Media
Outlets
Journalists
Opted In
Share this article