Kaedah Merapatkan Jurang antara Projek dan Pelabur: Pad Pelancar Penjualan Token Black Ocean
Black Ocean melancarkan Pad Pelancar Penjualan Token
ZUG, Switzerland, 20 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Apabila mata wang kripto semakin meningkat popular, semakin ramai yang mula berminat untuk membuat pelaburan. Black Ocean, platform penyediaan kecairan yang diinkubasi oleh institusi perdagangan kuantitatif berfrekuensi tinggi VRM, melancarkan Pad Pelancar CeDeFi di mana projek-projek inovatif dapat membina komuniti yang kukuh, mengumpul dana dan mencapai kecairan dengan cara yang mudah, selamat dan telus.
Matlamat Black Ocean adalah untuk menarik projek dan pelabur bagi membantu mendapatkan maklumat yang tepat dan satu mekanisme yang telus untuk melabur.
Black Ocean telah mencipta sebuah platform global baharu yang menggunakan teknologi blok rantai. Penyelesaian tersebut memberi peluang kepada pemegang token FLy (token asal bagi ekosistem VRM) dan pelabur runcit untuk memaksimumkan keuntungan dengan membolehkan ahlinya membeli IDO dengan pemeringkatan token yang tinggi pada harga diskaun yang serupa seperti pusingan prapermulaan dan pusingan permulaan.
Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh dinikmati oleh para pemegang token FLy:
- 100% daripada syiling promosi (airdrop atau pemberian percuma) daripada projek-projek akan diedarkan di kalangan pemegang token FLy
- 90% syiling IDO telah diperuntukkan untuk dibeli oleh pemegang token FLy
- Pemegang token FLy boleh menikmati harga istimewa untuk membeli syiling yang 5-10% lebih rendah daripada harga pasaran IDO
Black Ocean juga bermatlamat untuk membantu projek yang bagus mengumpul modal, meningkatkan liputan PR dan media serta meluaskan komuniti mereka dengan menggunakan FLy dan kumpulan-kumpulan Black Ocean. Oleh itu, ia berfungsi sebagai Platform Ahli Gabungan Tidak Berpusat bagi IDO untuk mengumpul dana dengan lancar dan membolehkan ahli gabungan berkomunikasi secara langsung dengan yang lain.
Projek boleh memohon untuk penyenaraian di sini.
Bagaimana ia berfungsi
Black Ocean mengumpulkan projek daripada pasaran dan rangkaian pelabur institusinya. Jika suatu projek itu berkelayakan, telah dilaburkan oleh VC yang terkenal, mempunyai reputasi yang baik dan potensi pasaran, projek ini boleh mendapatkan IDO pada platform pad pelancar Black Ocean.
Apabila projek tersebut telah diluluskan untuk dilancarkan pada pad pelancar, ia menyediakan Black Ocean dengan token untuk IDO. Ahli komuniti kemudiannya boleh membida dengan jumlah yang mereka mahu laburkan. Berdasarkan pada bidaan-bidaan itu, Black Ocean mengira dan mengumumkan jumlah peruntukan bagi setiap peserta. Ini diikuti dengan satu proses autonomi di mana sejumlah dana yang telah disahkan dihantar ke IDO (projek) dan token projek diedarkan di kalangan peserta.
Di Black Ocean, kami menghargai penyokong awal yang membantu mengembangkan ekosistem dari mula, oleh itu kami telah menghasilkan sistem pengkomputeran yang memberi ganjaran kepada pengguna awal platform tersebut, tanpa mewujudkan halangan kemasukan yang tinggi bagi peserta yang terkemudian.
Pad Pelancar Black Ocean telah direka untuk menyediakan projek dengan nilai yang dipacu oleh komuniti. Ia akan menjadi satu platform untuk ahli sahaja dengan GPP yang unik (kuasa pembelian kumpulan). Oleh itu, Black Ocean membawa mata wang kripto kepada orang ramai menggunakan ruangan berasaskan blok rantainya untuk berdagang, melabur dan mendidik.
Ini juga membolehkan kami meningkatkan bilangan pemegang token dan mewujudkan komuniti awal bagi projek itu dengan membolehkan pencipta projek yang inovatif dan individu yang mempunyai pemikiran yang sama untuk berhubung dan mengembangkan ekosistem. Jadi, ia merupakan satu situasi sama menang bagi para pelabur dan pencipta projek.
Mohonlah untuk penyenaraian
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami di [email protected]
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1576732/BlackOcean.jpg
WANT YOUR COMPANY'S NEWS FEATURED ON PRNEWSWIRE.COM?
Newsrooms &
Influencers
Digital Media
Outlets
Journalists
Opted In
Share this article